Feb 11, 2011

Sedikit Perkongsian


Suatu hari Sayidina Ali ditanya oleh seorang sahabat mengenai berbagai-bagai soalan iaitu "apakah yg lebih berat drpd langit? apakah yg lebih luas drpd bumi? apakah yg lebih kaya drpd lautan? keras drpd batu? panas drpd api? dingin drpd zamharir(benda paling dingin)? pahit drpd racun?" jawab Sayidina Ali, "dusta itu lebih berat drpd langit, kebenaran itu lebih luas drpd bumi, hati yg menerima(redha dan ikhlas) lebih kaya drpd lautann, hati org munafik lebih keras drpd batu, penguasa yg menyeleweng lebih panas drpd api, meminta kepada org tercela lebih dingin drpd zamharir, adu domba lebih pahit drpd racun.

Kita tengok apa yg dihighlightkan (hati yang menerima"redha dan ikhlas" lebih kaya dari lautan) yang menunjukkan bahawa Allah menitikberatkan soal hati.Lautan sememangnya diketahui bahawa kaya dengan pelbagai khazanah akan tetapi hati yang ikhlas dan redha lebih kaya daripada itu. Oleh itu kita perlulah melatih hati kita supaya dapat mencapai tahap ikhlas dan redha yang sememangnya susah untuk dicapai oleh seseorang.

No comments:

Post a Comment