May 5, 2011

INI KE DIKATAKAN SEBAGAI"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"



بسم الله الرحمن الرحيم

Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!

Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turut naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya

Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;



Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..

JADI Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.



3 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 107.65

5 April 2011 : RON 97 RM 2.70,Crude Oil adalah USD 106.42

Nampak tak kat mana point yang aku tak puas hati kalau RON97 naik harga.Kalau betul-betul ikut harga pasaran semasa mana boleh jadi ini macam beb.Ni dah melawan fitrah alam.Kena tipu hidup hidup la nampak gayanya.Adehh

Pelik betul orang Malaysia ni kan? Benda macam ni tutup mata,dekat media massa tak ada pun keluar pasal harga minyak naik,tapi bila benda benda porno,cepat saja.Adehhh.Tak lama lagi lah ertinya dunia ni.



Ketika harga minyak dunia menjunam, kerajaan naikkan harga minyak.. ada kerajaan pun di tadbir oleh manusia-manusia bodoh dan berperangai binatang !!!!

KUALA LUMPUR: Ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat, kerajaan Umno-BN pula bertindak menaikkan harga minyak Ron97.

Harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.

Minyak mentah jenis West Texas Intermediate @Light Sweet Crude oil (diperdagang di AS) turun sebanyak 0.4 peratus menjadikannya US$112.9 setong.

Sementara minyak mentah jenis Brent North sea (diperdagang di London) pula turun $1.26 kepada US$121.19 setong. Malah, penurunan harga minyak dunia itu turut diikuti dengan pengukuhan dolar Amerika Syarikat.

Ia adalah hari kedua berturut-turut kejatuhan mendadak untuk WTI dan Brent, yang dilihat mengukuhkan harga pasaran sejak bulan-bulan kebelakangan ini, di tengah- tengah pergolakan Arab yang memarakkan kebimbangan terhadap bekalan bahan mentah itu.

Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.

“Kenaikan harga minyak yang dilakukan kerajaan mengikut purata bulanan tidak berpandu kepada harga pasaran dunia. Ini merupakan satu pentunjuk songsang yang dilakukan Umno-BN.

“Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.

“Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul,” ujarnya.

Ketika ditanya apakah Pakatan Rakyat mempunyai kaedah untuk menurunkan harga minyak selepas mengambil alih kerajaan di Putrajaya, Azan berkata Pakatan mempunyai mekanisme berhubung perkara itu.

“Kita mempunyai mekanisme tetapi kita tidak mahu hebahkannya sekarang sebab kita tahu ia akan diciplak oleh Umno-BN. Banyak idea yang kita kemukakan dirompak mereka. Apa yang saya ingin tegaskan adalah kerajaan tidak ada idea yang bernas untuk menangani isu kenaikan harga minyak ini,” ujarnya.

Jika dibuat perbadingan, harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara pengeluar lain seperti Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter. - Keadilandaily

Note: Kerajaan bodoh dan penipu ni masih berkuasa kerana di Malaysia masih ramai lagi penyokong bangang yang rela ditipu... kah kah kah kah



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.